Thursday, July 16, 2009

Suami Isteri Perlu Ucap I Love You......


Perkahwinan mampu berkekalan apabila pasangan selalu mempraktikkan ungkapan-ungkapan kasih kepada pasangan masing-masing. Daripada mafhum ayat di atas sesungguhnya Allah menjelaskan bahawa di antara hikmah pernikahan antara lelaki dan wanita itu supaya dapat diwujudkan perasaan saling mencintai dan mengasihi di antara mereka.Oleh kerana itu, Rasulullah turut menganjurkan kepada umatnya untuk menikahi seorang wanita yang dapat mewujudkan mawaddah (kasih sayang) dan rahmah dalam rumah tangganya.




Dewasa kini, penceraian di kalangan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sangat berleluasa yang dikhuatiri menjadi trend dalam masyarakat Islam.walaupun penceraian dibenarkan dalam Islam tetapi ia merupakan satu perkara halal yang dibenci oleh Allah. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW maksudnya: "Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak". (riwayat Abu Daud dan Hakim)Sesungguhnya perkahwinan bukan sekadar untuk melampiaskan nafsu yang ada di dalam diri, bukan setakat untuk melahirkan zuriat penyambung keturunan. Perkahwinan adalah sebagai satu mahligai cinta dan lambang kasih sayang.Menyedari hakikat itu, bahagian Keluarga, Sosial dan Masjid (Kesuma), Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menganjurkan seminar Rumahku Syurgaku 'Sanjungan Kasih Syurga di Hati' di Putrajaya, baru-baru ini.Ia bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya ilmu kekeluargaan serta memantapkan institusi keluarga dalam mendepani ancaman dan cabaran globalisasi.Dalam seminar yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Puspanita Kebangsaan, Puan Sri Noorlina Wan Hussain, satu forum bertajuk 'Dua Jiwa Satu Hati' turut diadakan.Ahli panel terdiri daripada Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Aluwi Parman dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kesuma Jakim, Zawiah Hassan.


Mengulas perbezaan dua jiwa yang disatukan dalam ikatan perkahwinan, Zawiah berkata, keserasian antara mereka boleh dibentuk melalui sikap tolak ansur, kasih sayang, cinta dan rindu yang Allah letakkan dalam setiap jiwa manusia di samping sifat belas kasihan dan bergaul mesra antara mereka.Menurutnya, di awal perkahwinan sikap kasih sayang dan saling cinta-mencintai mudah ditonjolkan tetapi sikap sedemikian semakin pudar dan hilang apabila usia perkahwinan memasuki fasa tahunan.Sehubungan itu, Zawiah berkata, perkahwinan boleh dikekalkan apabila pasangan selalu mempraktikkan ungkapan-ungkapan kasih kepada pasangan masing-masing seperti ucapan I Love You sekurang-kurangnya tujuh kali sehari."Dalam hal ini, pihak suami dikatakan amat payah untuk mengucap ungkapan sebegini tetapi sebenarnya amalan seperti itu amat penting bagi menunjukkan penghargaan kepada pasangan masing-masing memanggil pasangan"Suami isteri perlu sentiasa berkomunikasi baik, bergurau mesra dan memanggil pasangan dengan panggilan hebat seperti sayang, abang dan sebagainya sebagaimana Rasulullah memanggil isterinya, Siti Aisyah dengan panggilan Humairah (pipi merah)," katanya.Suasana kasih sayang dalam perhubungan suami isteri perlu lahir dalam hati yang ikhlas bukan paksaan.


Suami isteri perlu memainkan peranan masing-masing untuk memupuk perasaan itu agar ia sentiasa mekar dalam jiwa dan membuahkan keserasian dan kemesraan.Dalam konteks itu, Aluwi berkata, setiap pasangan perlu mencari kelainan dalam diri pasangan mereka dan menjadikan kelainan itu sebagai satu keserasian.Menurutnya, ada tiga cara untuk menerbitkan keserasian antara mereka iaitu dengan mengadakan sembahyang berjemaah, makan makanan yang dimasak oleh isteri serta tidur bersama bukan sekadar melakukan hubungan intim."Sesungguhnya dosa suami isteri akan gugur di celah-celah jari apabila mereka bersalaman selepas sembahyang berjemaah sekiranya berlaku pertelingkahan di dalam rumah tangga," katanya.Melalui pernikahan, seseorang itu akan mendapatkan banyak kemaslahatan daripadanya seperti memelihara kehormatan, mencegah dari perbuatan zina, memelihara pandangan serta menyambung generasi.Aluwi menambah, seseorang itu akan mendapat banyak ganjaran pahala daripada Allah walaupun sekadar menatap wajah suami atau isteri masing-masing."

 

Ada lima perkara apabila kita menatapnya akan mendapat pahala iaitu melihat Kaabah, mushaf al-Quran, melihat wajah ibu bapa, orang alim dan memandang wajah suami isteri dengan penuh kasih sayang," katanya.Dalam pada itu, Aluwi memberitahu, terdapat empat tanda kebahagiaan dalam kehidupan seseorang iaitu mempunyai isteri solehah, anak-anak yang baik, pergaulan dengan orang-orang yang baik dan mendapat rezeki di tanah air sendiri."Isteri yang solehah itu diertikan apabila kamu memandangnya kamu akan rasa terhibur, sentiasa mentaati suaminya selagi tidak bertentangan dengan syariah dan menjaga kehormatan diri dan suaminya," katanya.Dalam menyusun keluarga yang tenteram dan sejahtera, Islam berpandu kepada dua prinsip iaitu didikan yang mengukuhkan kesedaran beragama dengan disuburkan perasaan taat kepada Allah, tidak menganiaya sesama manusia, belas kasihan, bertimbang rasa dan sebagainya.

 

Undang-undang dan peraturan yang menentukan kewajipan, hubungan antara suami isteri juga menjadi asas selain kewajipan terhadap anak-anak, nafkah, peraturan jika berlaku perselisihan, penceraian dan sebagainya.Kepincangan dan kegelisahan yang banyak berlaku di dalam keluarga Islam hari ini adalah kerana pembentukannya tidak memenuhi kehendak-kehendak Islam serta jahil mengenai hukum-hukum berkaitan hubungan antara mereka dan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Wednesday, July 15, 2009

Penampilan Diri Profesional


Pernahkah anda berasa ragu-ragu atau berasa tidak puas hati mengenai cara penampilan dan pilihan pakaian setiap kali hendak bersiap ke tempat kerja? Bagi kebanyakan wanita bekerja tidak dinafikan, sesekali mungkin bingung memikirkan pakaian apakah yang sesuai atau cocok dipakai apabila hendak ke tempat kerja?


Lebih-lebih lagi, menyedari semua yang dilakukan akan dinilai oleh orang lain. Pengarah dan Pengetua Perunding Image Power serta D’Kee Image Power Sdn Bhd, Dolly Kee, berkata sewajarnya perkara itu menjadi keutamaan kerana hakikatnya cara individu itu berpakaian berperanan penting bagi orang lain melihat dan mengukur kredibiliti, keupayaan dan kematangan yang ada pada dirinya. Malah, penampilan yang betul dan imej profesional pada hari ini bukan lagi sesuatu yang mewah tetapi sudah menjadi suatu keperluan di kalangan wanita berkerjaya.Beliau yang banyak mengendalikan bengkel dan seminar mengenai penampilan imej korporat berkata, pakaian serta penampilan mencakupi penilaian hampir 55 peratus jika individu itu ingin mendapatkan tanggapan positif secara keseluruhan terhadap dirinya. Oleh sebab itulah membina imej profesional adalah penting kerana ia juga dapat membina keyakinan diri dan melahirkan kuasa pada diri individu berkenaan.“Hampir semua yang kita lakukan akan dinilai orang lain.


Penilaian ini dilakukan menerusi penglihatan, pendengaran, sentuhan dan bau. Untuk itulah faktor utama penilaian ialah daripada apa yang dilihat termasuk melalui pakaian, gaya penampilan dan diikuti oleh cara penyampaian mesej (vokal) serta kata-kata dalam mesej (perkataan diguna),” katanya ketika ditemui di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.Kee berkata, umumnya terdapat tiga persepsi asas untuk membentuk imej profesional. Pertama, cara kita melihat diri sendiri iaitu adakah kita berpuas hati dengan penampilan diri sendiri manakala kedua, cara orang lain melihat diri kita yang mana ia perlulah dilihat dengan kritis dan hati terbuka. Ketiga ialah persepsi ideal yakni cara kita ingin melihat diri kita dan ingin dilihat oleh orang lain.“Satu peraturan mudah yang perlu diambilkira dan harus disematkan di dalam fikiran jika ingin berpakaian menarik serta sesuai di tempat kerja dan berhasrat menonjolkan kredibiliti imej profesionalisme ialah mempertimbangkan sama ada pakaian yang dipakai akan mengganggu orang lain atau pun mampu meningkatkan gaya penampilan diri anda secara keseluruhan.“Contohnya, jika anda masuk ke pejabat dengan anting-anting dan gelang serta rantai yang mengeluarkan bunyi atau pakaian dengan belahan dada begitu luas, penampilan seperti itu tidaklah sesuai kerana anda boleh mengganggu orang lain dan bukannya menyerlahkan penampilan. Lebih teruk jika gaya yang ditonjolkan itu boleh menjejaskan kredibiliti anda pada pandangan mata rakan sekerja lain,” katanya.Kee berkata, dalam menentukan dan memilih pakaian yang sesuai untuk ke tempat kerja antara perlu difikirkan ialah ia sewajarnya selari dengan bidang kerjaya atau industri diceburi oleh individu berkenaan.


Gaya penampilan dan pakaian yang dipakai bukan saja perlu memberikan keselesaan tetapi mestilah sesuai dengan bidang tugas dilakukan. Jangan sesekali memberikan atau menimbulkan tanggapan negatif orang lain kepada kita, sebaliknya penampilan yang ditonjolkan pada akhirnya mesti dapat memberikan diri anda ‘kuasa’ dan mampu meraih kepercayaan.Menjelaskan penampilan korporat, beliau berkata walaupun gaya penampilan korporat sudah ada tolak ansur dan pendekatannya lebih terbuka sejak beberapa tahun ini, beberapa peraturan asas masih lagi menjadi amalan.Katanya, bagi wanita berkerjaya, antara asas yang perlu dipertimbangkan ialah memiliki pakaian yang mempunyai kualiti terbaik dan skirt atau seluar yang didatangkan dengan jahitan serta potongan kemas. Memiliki semua itu adalah satu cara terbaik sebagai permulaan. Selain itu mengutamakan kualiti fabrik juga penting kerana ia boleh menyerlahkan imej keseluruhan si pemakainya.


Dari segi pilihan warna pula antara yang perlu ada ialah biru, kelabu, perang dan hitam kerana rona seumpama itu mudah disuai padan dengan bergaya sekali. Begitu juga putih, malah setiap wanita disarankan perlu ada sekurang-kurangnya satu koleksi warna pakaian itu kerana ia mudah dan mampu menyerlahkan personaliti serta penampilan imejnya.Kee berkata, untuk wanita pemakaian skirt lebih menyerlahkan gaya korporat jika dibandingkan memakai celana panjang. Malah, skirt potongan pensil memberikan kesan penampilan yang kemas dan menarik untuk semua potongan tubuh.“Bagi wanita bertudung, mengikut budaya tempatan anda boleh menggayakan baju kurung atau kebaya kerana kedua-dua pakaian itu diambilkira sebagai pakaian formal dalam dunia korporat. Tetapi perlu berhati-hati dengan pilihan corak, warna dan penambahan lain seperti sulaman dan sebagainya kerana ia mungkin boleh menjadikannya tidak sesuai. Bagaimanapun, untuk sari dan cheong sam kedua-duanya tidak dikira sebagai pakaian sesuai untuk dunia korporat tetapi lebih digayakan untuk musim perayaan,” katanya.Kee turut menyarankan, individu memiliki jaket kerana ia boleh dijadikan ‘penyelamat’ dalam keadaan tertentu. Tidak kiralah, sama ada jaket berkenaan mempunyai butang, tidak berpoket atau panjang dan juga yang pendek. Apa yang penting jaket itu mestilah berkualiti baik dan boleh mengubah atau membantu menampakkan penampilan anda tampak kemas, padan serta menarik.Jika menyukai blaus yang mempunyai ropol, renda dan reben, anda boleh mengenakannya kerana hiasan tambahan seperti itu boleh memberikan kesan lebih menarik, di samping masih sesuai digayakan sebagai pakaian ke pejabat.


Namun, pastikan hiasan berkenaan tidak terlalu berlebih-lebihan atau ‘mengganggu’ sehinggakan penampilan anda tampak cela. Konsep demikian sama juga jika ingin memilih pakaian bercorak dan bermotif bunga. Sebaik-baiknya, pilihlah yang sederhana dan tidak memberikan impak keterlaluan dan memperlihatkan ia mendominasi apa yang anda pakai.“Begitu juga jika memilih aksesori lain seperti kerongsang, skaf dan anting-anting. Pemakaiannya seharusnya membantu anda untuk kelihatan sedikit menyerlah dan ada sedikit perubahan,” katanya.Untuk pilihan kasut, rekaan anggun bersarung dan warna hitam lazimnya menjadi pilihan kerana ia memberikan gaya yang versatil dan sentiasa memperlihatkan gaya profesional. Sementara itu, tas tangan walaupun rekaan bersaiz besar menjadi aliran fesyen terkini ia tidak cocok dengan imej profesional. Oleh itu bawalah tas tangan yang sesuai dan tidak bermakna hanya kerana aliran fesyen terkini, ia sesuai untuk anda menggayakannya.Kee berkata, wanita sememangnya tidak wajar ketinggalan dalam mengikut arus fesyen tetapi pada masa sama jangan melulu mengikut aliran terkini tanpa memikirkan kesesuaiannya.Selain pakaian dan kelengkapan fesyen yang lain, katanya wanita berkerjaya juga tidak seharusnya melupakan gaya solekan, rambut dan juga penggunaan minyak wangi.


Misalnya, penggunaan minyak wangi sebelum keluar ke tempat kerja bukan saja dapat memberikan haruman kesegaran tetapi membantu meningkatkan lagi keyakinan diri seseorang itu.“Sebelum keluar meninggalkan rumah untuk pergi kerja, lihat diri anda sekali lagi dan jika anda bersama layak, anggun, kemas dan profesional, bolehlah anda meneruskan langkah,” katanya.Panduan bergaya dan penampilan sesuai ke tempat kerja bagi wanita yang bekerja dalam sektor korporat profesional* Gaya berpakaian: Ringkas anggun dengan sentuhan yang canggih.* Pilihan aksesori: Barang kemas, jam tangan, beg tangan, kasut, skaf/tudung.* Warna pakaian:


Disarankan memakai pakaian yang tidak lebih daripada tiga warna padu dalam satu masa.* Koordinasi warna: Kooridnasi yang sempurna dari hujung rambut hingga ke kaki.* Pilihan Fabrik: Pilih material berkualiti yang tidak mudah kusut.Perkara yang perlu dielakkan:* Tampak selekeh atau tidak kemas.* Gaya rambut yang tidak terurus.* Mewarnakan dan mendandan rambut secara keterlaluan.* Tidak mengenakan pakaian sesuai seperti memakai mini skirt, seluar potongan tiga suku, lengan pendek dan sebagainya.* Memakai aksesori yang berlebih-lebihan sehingga mengganggu dan merosakkan penampilan.

Info Kesihatan : 10 Gelas Air Sehari


Antara saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.

Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air.

Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang.

Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” katanya pada prapelancaran Ekspo Pendidikan Air Tulin anjuran Elken Sdn Bhd.Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat.

Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.Air untuk buang lemakBagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik.

Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori.

Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula.

Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan.

Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air.

Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.

Badan kehilangan air melalui:> Pernafasan (1 gelas air — 14 peratus)# Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)# Peluh ( 2 gelas air — 34 peratus)# Najis (1/2 gelas air — dua peratus)Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari.Air tulenAir paip di negara kita dikelaskan sebagai air yang selamat. Ia bermakna ia boleh diminum terus tanpa perlu dimasak kerana dirawat dengan klorin yang membunuh bakteria dan virus.

Bagaimanapun, rawatan yang ada tidak dapat menyingkir bahan terlarut seperti bahan kimia, sama ada racun serangga, rumpai, cat dan ubat farmaseutikal, termasuk ubat penenang, jantung dan hormon seks.Bagaimana bahan ini boleh masuk ke dalam air yang kita minum? Bumi adalah satu sistem tertutup dan air yang ada di atas bumi wujud sejak zaman dulu kala lagi. Bahkan ia adalah air yang sama diminum oleh dinasour!Dunia kita sangat kecil dan tanpa disedari semua orang di dunia berkongsi sumber air sama.

Air yang dianggap kotor di Sungai Ganges di India mungkin tersejat menjadi titisan air di awan yang kemudian turun sebagai hujan di tempat anda! Jadi ini sebabnya kita perlu sama-sama menjaga kebersihan sungai dan semua punca air di negara kita supaya tidak tercemar.Sedihnya, kajian menunjukkan sungai di Asia paling tercemar di dunia; mengandungi tiga kali ganda sisa manusia dan paras plumbumnya 20 kali lebih banyak berbanding sungai di negara maju (perindustrian).Penyakit akibat air tercemar mudah merebak dan separuh daripada jumlah katil hospital di seluruh dunia diduduki pesakit yang mengalami penyakit bawaan air.

Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini cirit-birit membunuh ramai kanak-kanak yang melebihi jumlah kematian akibat Perang Dunia Kedua!“Kandungan nitrat tinggi dalam air menyebabkan bayi baru lahir mengalami Sindrom Bayi Biru; yang mengurangkan kemampuan darah membawa oksigen. Bahan kimia arsenik pula dikaitkan dengan penyakit kanser paru-paru.“Penapisan dan pengklorinan tidak dapat menyahkan arsenik daripada air.

Malah, ada kajian menunjukkan mendidihkan air boleh meningkatkan kandungan arsenik dalam air masak.“Justeru, mendidihkan air dianggap tidak mencukupi untuk dijadikan benteng mencegah penyakit. Badan memerlukan air tulen yang bebas daripada bahan terlarut dan contoh air tulen ialah air hujan dan air daripada proses osmosis songsang (berbalik).“Semua orang tahu buah pinggang adalah sistem penapis dalam badan. Kehadiran bahan asing dalam air minuman masuk ke dalam darah dan ditapis di buah pinggang untuk disingkir dari badan.“Lebih tinggi kandungan bahan asing dalam air minuman, lebih kuat buah pinggang perlu bekerja untuk menyingkirnya.

Lama kelamaan ia menyebabkan kilang penapis ini letih dan alami kerosakan,” katanya.Setiap lima hingga 13 hari, air dalam badan diperbaharui. Jadi kita sentiasa ada peluang untuk membersih dan menyingkir bahan toksik berbahaya daripada terkumpul di dalam badan dengan minum air tulen. Air bersih boleh meningkatkan daya ketahanan badan dan membuatkan kita berasa lebih segar.Ada yang mempersoalkan jika minum air tulen, kita tidak akan mendapat garam galian. Menurut Long, garam galian yang diperlukan badan adalah garam galian organik dan ia datang daripada makanan.

Garam galian yang ada dalam air bukan organik dan tidak boleh diserap badan. Jadi persoalan kekurangan garam galian daripada air tidak timbul kerana kandungannya terlalu kecil; lagipun semua garam galian itu ada dalam makanan.Pun begitu, minum air tulen saja tidak dapat menjamin tahap kesihatan anda bertambah baik kerana ia bergantung kepada empat faktor iaitu pemilihan makanan, minuman, senaman dan kerohanian. Ini yang dipanggil penjagaan kesihatan secara holistik dan seseorang tidak mungkin hidup sejahtera jika empat faktor berkenaan tidak seimbang.

Kajian 25 Tahun Datuk Dr. Fadzillah Kamsah

PERSONALITI MELALUI BULAN KELAHIRAN

JANUARI

- Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
- Suka mendidik dan dididik
- Sangat mudah melihat kelemahan orang dan mudah mengkritik
- Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan dan hasil
- Suka smart, kemas dan teratur
- Bersikap tenang dan sensitif
- Berfikiran yang mendalam
- Pandai mengambil hati orang lain
- Pendiam kecuali selepas diransang
- Agak pemalu
- Daya tumpuan yang sangat tinggi
- Mudah mendisiplin diri sendiri
- Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
- Bersikap romantik tapi tidak pandai mempamerkannya
- Cukup sayang pada kanak-kanak
- Suka duduk dirumah
- Setia pada segala-galanya
- Perlu belajar kemahiran sosial
- Sikap cemburu yang sangat tinggi.



FEBRUARI

- Berfikiran warak
- Sukakan benda yang realiti dan abstrak
- Intelligent, bijak dan genius
- Berpesonaliti yang mudah berubah
- Mudah menawan orang lain
- Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
- Jujur dan setia pada segalanya
- Keras hati untuk mencapai matlamat
- Tidak suka dikongkong
- Mudah memberontak apbila dikongkong
- Suka kegiatan lasak (Kerja luar)
- Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
- Mudah mempamerkan marahnya (emosinya)
- Tidak suka benda yang remeh-temeh(banyak guna otak kanan)
- Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
- Sangat berani dan mudah memberontak
- Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
- Pemerhatian yang tajam
- Suka hiburan dan sukan
- Suka benda yang bersifat seni (hindustan)
- Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
- Kecenderungan pada benda yang tahyul
- Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
- Belajar untuk mempamerkan emosinya


MAC

- Berpesonaliti yang menarik dan menawan
- Mudah didampingi
- Sangat pemalu dan pemendam rasa
- Sangat baik secara semulajadi(jujur,pemurah dan mudah simpati)
- Sangat sensitif kepada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
- Suka pada kedamaian
- Sangat peka kepada orang lain
- Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
- Tidak cepat marah dan sangat amanah
- Tahu balas dan kenang budi
- Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
- Bijak dan daya ingatan yang sangat tajam
- Kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal
- Suka berangan-angan
- Suka melancong
- Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
- Kelam-kabut dalam memilih pasangan
- Suka dengan hiasan rumah tangga
- Punyai bakat seni dalam bidang muzik.
- Kecenderungan kepada benda yang baik(istimewa)
- Tidak terlalu moody



APRIL

- Sangat aktif dan dinamik
- Cepat bertindak,buat keputusan tetapi cepat menyesal
- Sangat menarik dan pandai memanjakan diri

- Punya daya mental yang sangat kuat
- Suka diberi perhatian (diberi pujian)
- Sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang lain.

- Suka adventure

- Pengasih,penyayang,sopan-santun dan pemurah

- Emosi cepat terusik
- Kecenderungan bersifat dendam
- Agresif,kelam kabut(Buat kerja pantas)

- Kelam-kabut dalam membuat keputusan
- Kuat daya ingatan
- Instint power, gerak hati yang sangat kuat
- Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
- Berpenyakit disekitar kepada dan dada
- Mudah dan terlalu cemburu




MEI


- Keras hati dan degil
- Semangat dan bermotivasi tinggi
- Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian

- Berfikiran tajam
- Mudah marah apabila tidak dikawal
- Perasaan yang amat mendalam

- Cantik dari segi fizikal dan mental

- Tidak perlu dimotivasikan

- Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
- Mudah dipujuk
- Bersikap sistematik (otak kiri)

- Suka berangan
- Kuat daya firasat(memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu)
- Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit

- Daya khayalan yang tinggi

- Berfikiran tajam
- Pandai berdebat

- Bentuk fizikal yang baik dan menarik
- Kelemahan sistem pernafasan
- Suka sastera, seni dan muzik serta melancong
- Tidak berapa suka duduk dirumah
- Tak mempunyai ramai anak
- Tak boleh duduk diam
- Rajin dan bersemangat tinggi
- Agak boros


JUN

- Berfikiran jauh dan berwawasan (intelektual)
- Mudah tertawan kerana sikap baik
- Berperangai yang lemah lembut
- Mudah berubah sikap, perangai, idea atau mood
- Idea yang terlalu banyak didalam kepala
- Bersikap sensitif
- Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
- Sukar melakukan sesuatu dengan segera
- Bersikap suka menagguh-nangguh
- Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
- Cepat marah tapi cepat sejuk
- Suka bercakap dan berdebat
- Suka buat lawak dan bergurau
- Otaknya cerdas dan berangan-angan
- Mudah dan pandai berkawan
- Orangnya sangat tertib
- Pandai mempamerkan sikap
- Mudah kecil hati
- Mudah kena selsema
- Suka berkemas
- Cepat rasa bosan

- Bersikap terlalu memilih dan cerewet
- Kurang mempamerkan perasaan
- Lambat nak sembuh apabila hatinya terluka
- Suka barangan berjenama

- Kedegilan yang tidak terkawal




JULAI



- sangat seronok didampingi
- banyak berahsia dan sukar dimengerti (lelaki terutamanya)
- agak pendiam kecuali dirangsang
- ada harga dan maruah diri
- tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
- mudah dipujuk dan bercakap lurus
- sangat menjaga hati orang lain
- sangat peramah
- emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya
- berjiwa sentimental
- jarang berdendam
- mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
- tidak suka benda yang remeh temeh
- sangat peka, caring, mengasihi sayang
- membimbing cara fizikal dan mental
- layanan yang serupa dengan semua orang
- tinggi daya simpati
- pemerhatian yang sangat tajam
- suka menilai orang lain dengan pemerhatiannya
- mudah dan rajin belajar
- suka muhasabah diri
- suka mengenang peristiwa lama atau kawan lama
- sensitif tapi lambat untuk pulih
- suka mendiamkan diri
- suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
- tak agresif, kecuali terpaksa
- lemah dari segi kesihatan perut
- mudah terkena kanser payudara
- mudah gemuk kalau tak kawal diet

- suka duduk di rumah
- terlalu mengambil berat
- rajin dalam membuat kerja


OGOS


- suka berlawak
- orang yang mudah tertawan kepadanya
- sopan santun dan caring terhadap orang lain
- berani dan tidak tahu takut

- orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
- pandai pujuk orang lain
- terlalu pemurah, tetapi bersikap ego
- nilai harga diri yang sangat tinggi
- dahagakan pujian-pujian
- cepat marah dan mudah mengamuk
- mudah marah apabila cakapnya dilawan
- mudah kasihan pada orang lain
- cepat cemburu

- daya pemerhatiannya tajam dan teliti
- fikiran yang mudah berdikari
- suka memimpin dan dipimpin
- sifat suka berangan-angan, berbakat dalam bakat senilukis, hiburan dan silat
- cepat sembuh bila ditimpa penyakit
- belajar untuk relaks
- ada sikap kelam kabut juga
- romantik, pengasih dan penyayang
- suka mencari kawan
- cepat berfikir dan teliti


SEPTEMBER


- sangat bersopan santun
- mudah bertolak ansur
- sangat cermat teliti dan teratur
- suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
- pendiam tapi pandai bercakap
- sikapnya sangat cool
- sangat baik dan mudah simpati
- sangat prihatin dan berperinci
- amanah, setia dan jujur
- kerja yang dilakukan sangat sempurna
- sangat sensitif yang tidak diketahui
- orangnya banyak berfikir tapi pendiam
- daya pentaakulan yang baik
- otak bijak dan mudah belajar
- suka mencari maklumat
- kawal diri dari terlalu mengkritik
- pandai mendorong diri sendiri
- mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi)
- simpan rahsia
- suka sukan, hiburan dan melancong
- kurang menunjukkan perasaannya
- terluka hatinya sangat lama disimpan
- terlalu memilih pasangan
- sukakan benda yang luas
- kerja bersistematik




OKTOBER


- cukup seimbang
- suka kepada orang yang sayang padanya
- suka ambil jalan tengah
- sangat menawan dan sopan santun
- kecantikan luar dan dalam
- tidak pandai berbohong dan berpura-pura
- mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
- sentiasa suka berkawan
- hatinya mudah terusik, tapi merajuknya tidak lama
- ada kala cepat marah
- macam mementingkan diri sendiri
- tidak menolong orang kecuali diminta
- suka melihat dari perspektifnya sendiri
- tak suka terima pandangan orang lain
- emosi yang mudah terusik
- suka berangan-angan dan pandai bercakap
- emosi yang kelam kabut
- daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
- suka melancong, bidang sastera dan seni
- pengasih, penyayang dan lemah lembut
- romantik dalam percintaan
- mudah terusik hati dan cemburu
- ambil berat tentang orang lain
- suka kegiatan luar
- sukakan keadilan
- boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
- ada kalanya mudah patah semangat


NOVEMBER


- banyak idea dalam kepala
- sukar untuk dimengerti atau difahami sikapnya
- berfikiran terkehadapan
- berfikiran unik dan bijak
- penuh dengan idea-idea baru dan luar biasa
- pemikiran yang tajam
- daya firasat yang sangat halus dan tinggi
- bagus untuk jadi doktor dan kerjaya yang hampir menyamai
- cermat dan teliti
- dorongan seks yang agak tinggi
- personaliti yang dinamik
- sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
- banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
- berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
- terlalu degil dan keras hati
- apabila hendak diusahakannya sampai berjaya
- tidak suka marah kecuali dikacau dan digugat
- mudah ambil berat tentang orang lain
- pandai muhasabah diri
- cara berfikir lain daripada orang lain
- otaknya sangat tajam
- pandai mendorong diri sendiri
- tidak hargai puji-pujian
- kuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi
- apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
- badan yang tough
- kasih sayang dan disayangi sangat mendalam
- romantik
- yakin dengan hubungan kasih sayang
- suka duduk di rumah
- sangat rajin berkemampuan yang tinggi
- amanah, jujur dan setia dan pandai berahsia
- tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
- bercita-cita tinggi

DISEMBER


- sangat setia dan pemurah
- bersifat patriotik
- sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
- sikap kurang sabar, kelam kabut dan tergesa-gesa
- bercita-cita tinggi
- suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi

- sangat menarik dan seronok didampingi
- suka bercampur dengan orang lain
- suka dipuji
- diberi perhatian dan dibelai
- sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
- tidak pandai berpura-pura
- ada kalanya cepat marah
- perangai yang berubah-ubah

- tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
- benci kepada kongkongan

- pandai buat lawak dan memikir dengan logik

credits to:Datuk Dr.Fadzillah Kamsah.thanx!